my friends are my skin , my enemies are the viruses,my problem are the diseases :) █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║ Riena Official Blog

Ibadah Camp

Assalamualaikum,
Walaupun dah lama berlalu ibadah camp ni tapi masih ingat kenangan kat sana.
Kini bermula lah kisahnya. sehari sebelun pergi camp. perasaan excited gila nak pergi. boleh dikatakan 2 hari sebelum pergi dah kemas beg. haha tapi malam sebelum pergi tu sibuk kemas barang2 lagi. kemas apa pun tak tau laa. serabut banyak sangat barang. entah berapa kali kemas kemas lepas tu bawak keluar balik, haihh.

DAY 1
pukul 7 dah kena pergi kolej utk daftar. bertuah sungguh dapat sama bilik, group dan bas dengan tiara. takdek lah rasa segan sangat dengan orang lain. dah daftar apa semua pergi makan. dah makan kena masuk hall ade briefying. lepas daripada tu ada kumpul group2 apa nama dia entah dah lupa. seronok bila dapat lecturer yang sporting. oh ye ibadah camp kali ni di handle oleh SOSS department. bila dah dapat kenal kawan2 dalam group tu kurang sikit segan sbb ade yang kenal ade yang tak kenal. and then after solat jumaat baru lah bertolak ke Lembah Azwen Resort, Hulu Langat. gila panas dalam bas tu. macam sauna. driver india pulak tingkap bertutup aircond pulak rosak. pehh bahang bak hang haa. 2 jam jugak lah perjalanan nya. okay sampai2 je check in bilik. pehh check in macam check in hotel. haha. bertuah lagi, kiteorang ni last group. group lain semua dapat dorm group kiteorg dapat chalet. yang berbeza nya. dorm ni duduk ramai2 dengan group lain. chalet ni group kiteorg jeee. bertuah kan. haha satu group 10 orang kot. satu dorm dah ade 3 group. haa kiranya ade 30 org dalam bilik tu. penuh dan padat. haha. bilik air pun tak payah berebut. okay sudah rehat ape semua, masuk surau solat asar jemaah. lepas solat ade explorace. yang ni seronok. main tepung lah, panjat tali, masuk lubang, masuk dalam air dan jawab quiz ttg solat. tapi group kiteorg kalah jugak. kalah tak penting, yang penting have fun! haha tak sempat nak lelap mata dah masuk magrib then kena pergi surau solat maghrib jemaah pulak. dah sudah tu ade talk dari seorang student international. tak paham dia cakap. haha bahasa negro termasuk sekali. lepas dari tu solat isyak jemaah pulak then ade talk lagi. mengantuk sebenarnya. masing2 ade yang dah lentok sana sini dah. haha malam sikit tu ade briefying utk esok. dah brief pergi makan pulak. yang ni aku suka. makan! haha sedap giler makan kat situ. tiara cakap hm biasa je. ish tak feel betul lah dia ni. haha dah makan masuk tido. time tido ni lah tak seronok sebab tak dapat tido dan panas. pasang aircond tapi panas. dan ade sedikit rasa takut. tak biasa dengan tempat baru dia jadi susah nak tido. tiara dah tido kalau tak memang nak tido sekatil dengan dia. tido tido ayam je. dengar jugak bunyi krik krik tu tapi buat dono je. bace bace sampai lah tido. kena berkumpul pukul 4 pagi tapi ade yang bangun pukul 4. haih sampai ade lecturer tlg ketuk pintu bilik. ramai yang tak siap lagi. aku dgn tak mandi keluar terus. haha. nasib tak kena denda kann.

DAY 2
tiba lah saat yg paling debar sekali. haha kalau aku nervous lah kan org lain ade yg relax je ade yang macam nak pengsan pun ade. haha tiba lah mase masuk hutan sorang2. paling malang sekali kiteorg group pertama masuk hutan. haih aku orang ketiga. tiara kedua. fasi kata perbanyak kan bace ayat kursi dan surah2 lain. aku cuba relaxkan diri aku. cehh pikir takdek pape laa kan. dah laa lampu suluh tak bagi bawak. tapi yang ni takdek lah challenge sangat just jalan2 je ikot org depan tapi jarak jauh jugak jgn smpai sesat sudah. entah kenapa kena ade code bila masuk hutan. code dia alibabas. haha kelakar. bila dah turn aku masuk hutan. aku relax masuk hutan. bace bace laa jugak kan. tiara dah jauh kat depan. jalan laju jugak laa aku nak kejar ke tiara. nampak lah jugak sebab ade bulan terang lagi. masa masuk tu aku nampak something putih. tak tahu pun ape benda laa tu. sambil pandang sambil pandang. jalan depan sikit tu baru lah aku perasan ade something kat sebelah pokok dia berdiri. sambil jalan tu kena panjat bukit sikit dan bukit tu dekat dengan pokok tu. aku dah start takot. serius takot jugak kot. kalau korang tak tau laa kan. semakin dekat semakin laju aku zikir. haha aku tahu tu orang tapi kelibat dia putih macam tu menakotkan. sbb tu ade code alibabas tu kot2 laa bukan orang. haha tapi aku tak pergi tanya pun code tu. gila nak pergi dekat. pehh. dah habis dekat pokok tu ade lagi kat depan tu. yang ni kelakar. haha dia duduk cangkung. aku lalu patu aku pegi pandang. hm dekat jugak laaa. patu aku nampak seluar dia warna merah kotttt. aku pandang hm tau dah orang. haha jalan depan lagi bunyi orang2 zikir dan orang menangis. aku buat dono je dan bace je. fuhh sekejap je kalau jalan laju. haha. untung jugak group pertama. takdek yg kena kacau. yg group2 blkg ni ade yg cerita dia pegang kaki lah ikot sebelah laa. ade yang menangis dan jerit kot. biasa lah perempuan. lelaki tak dengar cerita pulak. okay kot. haha. bila dah hbs semua tu. bermula lah qiamullai. tapi buat sesiapa yang nak buat. sendiri sendiri. dah sudah solat subuh jemaah pegi aerobik pulak. yang ni aerobik biasa je. tak berpeluh sgt. dah makan dah rehat ape semua kena gotong royong pulak. group masing2 kemas ape yg disuruh. group aku bersihkan rumput buang2 daun kering. dah sudah tu pergi makan dan rehat kejap. solat zohor pulak lepas solat tu masing2 dah penat dan mengantuk. mula2 activity sembelih ayam. lepaskan pihak lelaki dulu dan yang perempuan ni penat kan so ade yang tido kat surau termasuk lah aku. ngantuk gila. haha

Tamat Pengajian

Assalamualaikum,
Alhamdulillah kini sudah tamat pengajian sebagai student business admistration. owoh formal gila cakap! haha yeay yeay dah habis belajar. fiuh lega buat sementara waktu. apa apa pun mesti lah rindu gila zaman belajar. rindu kawan kawan dan housemate semua lah. mintak maaf la yang mane tak mention tu. kira dalam golongan kawan kawan lah jugak. bila dah last sem tu perasaan tak sabar nak habis tu semakin membuak buak. perasaan nak belajar pun dah kurang. pernah aku tanya kak ecah dulu kenapa lah perasaan nak study ni takdek. asyik malas je. tahu kak ecah cakap ape ''dah tahu dah last sem dia jadi tak sabar nak balik'' gelak je aku. haha bila dah nak dekat exam tu dah start banyak assignment, presentation, report, interview, quiz, tutorial ya Allah rindu nya nak buat semua niiii. huii. then bila dah macam tu masing2 pun busy, ade yang tido lewat, tido awal bangun tengah malam study, ade jugak bila dah macam tu ade je masalah yang datang. Alamak rindu nya nak minum air neslo malam2 dan stay up sampai 3 4 pagi then esok pagi pergi kelas mata bengkak. ah suka nya! haha sikit lagi nak dekat exam ni ade pulak ibadah camp. nak taknak kena pergi jugak. apa apa pun best giler ibadah camp! time exam aku jenis tido lambat. pukul 4 baru tido. jenis boleh study malam. kalau tiara dia jenis study siang. malam dia tak boleh katanya. haa. selama 2 minggu lebih jugak laa exam nya. lepas se se azab lepas. bila sampai satu paper ni tak sabar sangat sangat dah nak habis. gap 4 5 hari jugak. apa lagi melencong ke tempat lain lah. berjalan ke Genting Highland pada waktu malam. rasa angin sejuk waktu malam. pehh heaven in the world ah! bila dah habis exam semua bermula operasi utk mengemas barang2 utk dibawak balik ke Kuantan. aku ingat kan aku lah orang yang paling awal balik rupanya orang terakhir jugak balik. semua dah balik tinggal lah aku. sobsobs! bila dah lama tu duduk rumah ade yang msg cakap rindu lah ajak jumpa laa. alamak aih ni yang lemah hati bila cakap rindu ni. huii. apa apa pun kami pasti jumpa jugak. Kuantan dan KL bukan jauh punnn. hahaha
btw kawan kawan semua, i miss you! :(

*******************************************************************************

KAK IKA, Rina rindu nak tidur depan tv lagi dengan akak dan rempit sama sama!
KAK B, Rina rindu nak dengar kak b gelak dan bawak balik air bila habis kelas dan minum sama2!
KAK NINA, Rina rindu nak pergi jalan2 dan pergi makan berdua dengan akak! akak belanja saya suka!
TIARA, Aku rindu nak peluk kau dan menangis bawah ketiak kau. dan jadi co pilot kau! haha aku ingat pertama kali kita jumpa. ingat sangat!
HUSNA, Aku rindu kau suap aku makan dan borak sebelum tido dan study sama sama dalam bilik. kita berdua je! sebab tu lah aku pilih kau jadi roomate aku.
KIERA, Aku rindu nak kenakan kau lagi. borak pasal laki masing2 dan bagi pendapat. aku rindu yang tu! susah nak dapat orang macam tu.
KAK ECAH. Rina rindu pelukan akak bila saya ada masalah. dan rindu nak makan kongsi dengan akak. dan akak cakap ''kau pehal'' haha
the last but not least,
FITRI, saya rindu nak pergi shopping dengan awak dan main game sama2! dan awak datang malam2 dan hantar saya sampai ke depan pintu! tapi masa yang sy sama saya benci awak. kbai

#Jejak Sahabat 11

Assalamualaikum.
betape clumsy nye aku boleh aku tersalah tengok calendar. haih. nak tak nak kena proceed jugak benda ni iaitu celebrate birthday ummu awal dari orang lain. birthday dia 6 disember but aku celebrate 17 november -________- sangat awal. haih. kena teruskan jugak sbb semua dah plan malas nak tunda. lagi pun nanti masing masing dah masuk belajar. haaa. selalu nye ummu akan datang ambik aku but kali ni ayah aku hantar. sebelum ummu sampai aku beli cake dulu. secret recipe jerr. hehe  4 slice je punn. huh. then tulis sikit sikit. pada mulanya aku nak ambik sendiri cake tu sekali bila ummu datang, tak lama tu kakak tu datang bawak cake dan lilin. haha tak request lilin pun tapi nice kakak tu. haha nak bagi suprise tapi aku yang suprise, haih rina rina. taraaaaa Happy Birthday ummu syafi solehah ;) makan makan balik dan pergi kedai cc same then berkerja same2. yeayy seronok. tu je. hahaha bye.

Happy Sweet 20th Rina

Assalamualaikum, ye ye saya dah tua. saya tau tu. habis dah alam belasan saya. huii T.T birthday tahun ni entah rasa happy sangat. kalau tahun lepas tak dapat kena tepung so tahun ni kena kaw kaw. pehh. thaks kak nadia dan abang daus belikan cake hello kitty kat saya. oke hello kitty ye kawan kawan. haha comel pulak tu warna pink. haha. pandai husna dan kiera plan. belajar dari aku lettew. haih. pada mulanya ingat kan celebration dah habis. dengan katil katil habis kena cake kena selek dengan husna. husna memang jahat! grrr. tunggu tiara balik sebab katenye nak pergi makan seleberate beday kite kate kannn. haha. di mana tiara pelakon paling cemerlang. pandai buat buat kereta rosak di tempat yang gelap ye. aku dah cuak takot perompak ke ular ke ade nanti. haihh. semua keluar kereta nak tengok ape jadi tapi aku duduk dalam keretaaaaa. haha. bila dah suruh tolak kereta kena lah keluar. tapiiiiii. rasa lain macam. mase aku sorang dalam kereta aku tengok semua muka serius sekali spoiled bila kiera sengeh tibe tibe then serius tibe tibe. haha tak pandai berlakon ah dia. hahahaha ;p aku macam errrrr ape yang terjadi ni. hmm. bila kena tolak kereta, tolak punya tolak sekaliiiiii haaaa tiara lari kat aku wushhhh tepung satu plastik atas kepala aku. nice one! fuhh. kiera, husna dan fifie masing masing pegang telur. habis tudung baju aku. aku kutip tepung kat jalan raya haaa berkejar kiteorang kt situ. haha habis dah semua pergi restoran makan. memang muka tak malu yang penuh dengan tepung dan telur. haha. anddddd have another suprise. sumpah rasa nak nangis. another cake. blueberry cake i guess. nyanyi ramai ramai kat situ. pehh terharu habis aku T.T thaks korang :) thaks to mereka yang wish semua lah. takdek hadiah pun tak kesah. dah besar hadiah ape jelaaa. haha much love ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...