my friends are my skin , my enemies are the viruses,my problem are the diseases :) █║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║ Riena Official Blog

Ibadah Camp

Assalamualaikum,
Walaupun dah lama berlalu ibadah camp ni tapi masih ingat kenangan kat sana.
Kini bermula lah kisahnya. sehari sebelun pergi camp. perasaan excited gila nak pergi. boleh dikatakan 2 hari sebelum pergi dah kemas beg. haha tapi malam sebelum pergi tu sibuk kemas barang2 lagi. kemas apa pun tak tau laa. serabut banyak sangat barang. entah berapa kali kemas kemas lepas tu bawak keluar balik, haihh.

DAY 1
pukul 7 dah kena pergi kolej utk daftar. bertuah sungguh dapat sama bilik, group dan bas dengan tiara. takdek lah rasa segan sangat dengan orang lain. dah daftar apa semua pergi makan. dah makan kena masuk hall ade briefying. lepas daripada tu ada kumpul group2 apa nama dia entah dah lupa. seronok bila dapat lecturer yang sporting. oh ye ibadah camp kali ni di handle oleh SOSS department. bila dah dapat kenal kawan2 dalam group tu kurang sikit segan sbb ade yang kenal ade yang tak kenal. and then after solat jumaat baru lah bertolak ke Lembah Azwen Resort, Hulu Langat. gila panas dalam bas tu. macam sauna. driver india pulak tingkap bertutup aircond pulak rosak. pehh bahang bak hang haa. 2 jam jugak lah perjalanan nya. okay sampai2 je check in bilik. pehh check in macam check in hotel. haha. bertuah lagi, kiteorang ni last group. group lain semua dapat dorm group kiteorg dapat chalet. yang berbeza nya. dorm ni duduk ramai2 dengan group lain. chalet ni group kiteorg jeee. bertuah kan. haha satu group 10 orang kot. satu dorm dah ade 3 group. haa kiranya ade 30 org dalam bilik tu. penuh dan padat. haha. bilik air pun tak payah berebut. okay sudah rehat ape semua, masuk surau solat asar jemaah. lepas solat ade explorace. yang ni seronok. main tepung lah, panjat tali, masuk lubang, masuk dalam air dan jawab quiz ttg solat. tapi group kiteorg kalah jugak. kalah tak penting, yang penting have fun! haha tak sempat nak lelap mata dah masuk magrib then kena pergi surau solat maghrib jemaah pulak. dah sudah tu ade talk dari seorang student international. tak paham dia cakap. haha bahasa negro termasuk sekali. lepas dari tu solat isyak jemaah pulak then ade talk lagi. mengantuk sebenarnya. masing2 ade yang dah lentok sana sini dah. haha malam sikit tu ade briefying utk esok. dah brief pergi makan pulak. yang ni aku suka. makan! haha sedap giler makan kat situ. tiara cakap hm biasa je. ish tak feel betul lah dia ni. haha dah makan masuk tido. time tido ni lah tak seronok sebab tak dapat tido dan panas. pasang aircond tapi panas. dan ade sedikit rasa takut. tak biasa dengan tempat baru dia jadi susah nak tido. tiara dah tido kalau tak memang nak tido sekatil dengan dia. tido tido ayam je. dengar jugak bunyi krik krik tu tapi buat dono je. bace bace sampai lah tido. kena berkumpul pukul 4 pagi tapi ade yang bangun pukul 4. haih sampai ade lecturer tlg ketuk pintu bilik. ramai yang tak siap lagi. aku dgn tak mandi keluar terus. haha. nasib tak kena denda kann.

DAY 2
tiba lah saat yg paling debar sekali. haha kalau aku nervous lah kan org lain ade yg relax je ade yang macam nak pengsan pun ade. haha tiba lah mase masuk hutan sorang2. paling malang sekali kiteorg group pertama masuk hutan. haih aku orang ketiga. tiara kedua. fasi kata perbanyak kan bace ayat kursi dan surah2 lain. aku cuba relaxkan diri aku. cehh pikir takdek pape laa kan. dah laa lampu suluh tak bagi bawak. tapi yang ni takdek lah challenge sangat just jalan2 je ikot org depan tapi jarak jauh jugak jgn smpai sesat sudah. entah kenapa kena ade code bila masuk hutan. code dia alibabas. haha kelakar. bila dah turn aku masuk hutan. aku relax masuk hutan. bace bace laa jugak kan. tiara dah jauh kat depan. jalan laju jugak laa aku nak kejar ke tiara. nampak lah jugak sebab ade bulan terang lagi. masa masuk tu aku nampak something putih. tak tahu pun ape benda laa tu. sambil pandang sambil pandang. jalan depan sikit tu baru lah aku perasan ade something kat sebelah pokok dia berdiri. sambil jalan tu kena panjat bukit sikit dan bukit tu dekat dengan pokok tu. aku dah start takot. serius takot jugak kot. kalau korang tak tau laa kan. semakin dekat semakin laju aku zikir. haha aku tahu tu orang tapi kelibat dia putih macam tu menakotkan. sbb tu ade code alibabas tu kot2 laa bukan orang. haha tapi aku tak pergi tanya pun code tu. gila nak pergi dekat. pehh. dah habis dekat pokok tu ade lagi kat depan tu. yang ni kelakar. haha dia duduk cangkung. aku lalu patu aku pegi pandang. hm dekat jugak laaa. patu aku nampak seluar dia warna merah kotttt. aku pandang hm tau dah orang. haha jalan depan lagi bunyi orang2 zikir dan orang menangis. aku buat dono je dan bace je. fuhh sekejap je kalau jalan laju. haha. untung jugak group pertama. takdek yg kena kacau. yg group2 blkg ni ade yg cerita dia pegang kaki lah ikot sebelah laa. ade yang menangis dan jerit kot. biasa lah perempuan. lelaki tak dengar cerita pulak. okay kot. haha. bila dah hbs semua tu. bermula lah qiamullai. tapi buat sesiapa yang nak buat. sendiri sendiri. dah sudah solat subuh jemaah pegi aerobik pulak. yang ni aerobik biasa je. tak berpeluh sgt. dah makan dah rehat ape semua kena gotong royong pulak. group masing2 kemas ape yg disuruh. group aku bersihkan rumput buang2 daun kering. dah sudah tu pergi makan dan rehat kejap. solat zohor pulak lepas solat tu masing2 dah penat dan mengantuk. mula2 activity sembelih ayam. lepaskan pihak lelaki dulu dan yang perempuan ni penat kan so ade yang tido kat surau termasuk lah aku. ngantuk gila. haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...